AHAD, 7 OKTOBER 2012 – Seminar Mahasiswa Luar Biasa Hebat (MLBH) Kali Ke-2 telah
berjaya dilaksanakan dan menarik perhatian hampir 300 orang belia terdiri
daripada pelajar UMS ,Politeknik Kota Kinabalu dan Institut Perguruan Gaya. Seminar ini adalah anjuran
bersama Persatuan Belia Islam Nasional UMS, Unit Hal Ehwal Islam dan Pengurusan
Masjid UMS dan Unit Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMS. Porgram diadakan di Dewan Kuliah Pusat, UMS.
|
sesi pendafataran bahagian muslimin.. |
|
sesi pendaftaran bahagian muslimat. |
|
booth Aman Palestin juga dibuka ketika seminar MLBH.. |
Dalam seminar ini, peserta didedahkan dengan empat elemen penting.
Elemen yang pertama adalah penguasaan kaedah untuk cemerlang akademik di menara
gading. Elemen ini disentuh oleh Dr. Mohammad Sayyed Sahul Hamid dalam
pembentangan bertajuk ‘Tips-Tips Cemerlang Akademik’. Beliau adalah Pegawai
Perubatan Siswazah dan mantan Pengerusi Pelajar Perubatan UMS.
|
Tips-tips cemerlang akademik yg disampaikan oleh dr.Mohamad.. |
|
sesi soal jawab bersama peserta.. |
Elemen pengurusan kewangan mahasiswa juga disentuh dalam seminar
ini menerusi pembentangan bertajuk ‘Alamak, Duit Dah Habis!’ yang disampaikan
oleh En. Armi Faizal Bin Awang yang merupakan Jurutera Petronas dan Usahawan Emas.
|
Alamak, duit dah habis yang disampaikan oleh en. Armi Faizal Bin Awang.. |
|
penyampaian cenderahati yang diberikan oleh Pengarah MLBH.. |
Pada sebelah petang, peserta didedahkan dengan dua pembentangan
menarik yang bertajuk ‘Antara Ijazah & Risalah’ dan juga ‘Siapakah Aku?’.
Pembentangan ‘Antara Ijazah & Risalah’ telah disampaikan oleh Ustaz Sarip
Bin Adul yang merupakan pensyarah UMS. Dalam pembentangan ini, peserta
diterangkan mengenai kemampuan IQ, EQ dan tenaga muda yang perlu diselarikan
dengan risalah kehidupan manusia.
|
Antara Ijazah dan Risalah yang disampaikan oleh Ustaz Sarip Adul.. |
|
antara peserta yang hadir.. |
Pembentangan ‘Siapakah Aku?’ pula disampaikan oleh Ustaz Wan
Muhammad Bin Mior Ismail selaku Pengerusi PEMBINA Sabah. Pembentangan ini
memberi informasi penting kepada mahasiswa mengenai serangan ideologi dan
pengaruh luar yang meleburkan identiti belia khususnya mahasiswa. Majoriti
peserta berpuas hati dengan pengisian program dan berharap agar program seperti
ini diteruskan dan diperbanyakkan..
mabruk! :)
BalasPadamsyukran jazilan.. :)
BalasPadam