Jumaat, 26 Oktober 2012

SALAM AIDILADHA :)

"Maka takkala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. -Surah as –Saffat ayat 37:102

 Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : "Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu." Demikianlah  sebenarnya kami membalas orang-orang  yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya  perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar." -Surah as –Saffat ayat 37:103 - 107

26 Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433 adalah hari kemenangan untuk umat ISLAM. Hari ini juga merupakan hari untuk kita memperingati pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail yang sabar dan tabah apabila ALLAH memerintahkan nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya yang disayangi, nabi Ismail.

Pengorbanan adalah nilai yang diperlukan dalam setiap diri Muslim. Diperlukan untuk membina sahsiah diri untuk menjadi ummah yang cemerlang. Mungkin kita tidak mampu melakukan pengorbanan sepertimana Nabi Ibrahim menyembelih anaknya. Tetapi, sebagai seorang student, kita mampu melakukan pengorbanan untuk berjaya dalam pelajaran for the seek of ISLAM.

Contohnya, kita tidak dapat balik beraya bersama keluarga disebabkan universiti terlalu jauh dengan tambang yang mahal. Ini juga dikira sebagai pngorbanan. :) *buat adik-adik first year jangan sedih sebab tak dapat balik beraya. Jadikan ini sebagai pengalaman berada di negeri orang*

ALLAH menguji hamba-Nya untuk melihat sejauh manakah kita beriman dan mengabdikan diri kepada ALLAH yang telah mencipta kita, yang memberi kita nikmat-nikmat yang tidak dapat dikira banyaknya kepada kita. Mana rasa bersyukur kita selama kita hidup di atas muka bumi ini.

"Mengapa kamu kufur dengan Allah, pada hal kamu dahulunya mati (tiada),  lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan, kemudian dihidupkan kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya."
-Surah al-Baqarah 2:28


p/s:Salam aidiladha buat semua.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan