ALHAMDULILLAH..Tahniah
buat graduan-graduan yang berjaya menamatkan pengajian di universiti pada tahun
ini. Sesungguhnya, niat menimba ilmu itu bukan hanya untuk berjaya memegang
segulung Ijazah. Tetapi, menimba ilmu dengan niat kerana ALLAH dan mempraktikkan
ilmu yang diterima dalam kehidupan.
di ambil daripada blog PEMBINA Pusat..
di ambil daripada blog PEMBINA Pusat..
CYBERJAYA : Graduan dinasihatkan di sini supaya perlu lebih kompetitif dan
relevan di pasaran industri dalam menghadapi cabaran yang tidak menentu.
Timbalan Presiden PEMBINA,
Azril Hanafi Abdullah Sharwani berkata, graduan perlu berusaha untuk
melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran yang dapat memenuhi
keperluan industri kerjaya.
Saban tahun IPT awam dan
swasta di seluruh negara juga luar negara menghasilkan ramai graduan yang akan
menyertai pasaran tenaga kerja.
Menurut statistik sehingga
Julai 2011, seramai 952,000 graduan IPT awam dan swasta masih menganggur
walaupun mempunyai kelayakan yang baik.
Ini merupakan satu signal
kepada graduan supaya meningkatkan daya saing dan kreatif dalam memasarkan diri
dalam industri kerjaya.Dengan itu, graduan mesti
melengkapkan diri dengan kemahiran soft skill seperti hubungan
peribadi, berkomunikasi dengan baik dan berkesan serta keupayaan analitikal
serta intelektual.
“Tidak dinafikan graduan
mestilah menimba pengalaman sebanyak yang mungkin samada formal atau informal di
luar kampus nanti” jelas beliau lagi.
Situasi graduan yang
terlalu memilih kerjaya yang mereka mahu menjadikan mereka ketinggalan dalam
merebut persaingan pekerjaan.
PEMBINA mengucapkan salam
tahniah dan kejayaan buat semua graduan di seluruh negara dan ini
merupakan satu permulaan hidup kepada cabaran yang lebih besar dan perlu
seimbang dengan komitmen sebagai aktivis dakwah.
p/s: buat pelajar-pelajar yang masih menuntut di alam Universiti. Gunakan sebaik mungkin waktu yang ada dan timbalah ilmu selagi mana mampu.Sesungguhnya, ILMU ALLAH itu luas. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan