Rabu, 10 Oktober 2012

Seminar Mahasiswa Luar Biasa Hebat Tarik Perhatian Hampir 300 Belia

AHAD, 7 OKTOBER 2012 – Seminar Mahasiswa Luar Biasa Hebat (MLBH) Kali Ke-2 telah berjaya dilaksanakan dan menarik perhatian hampir 300 orang belia terdiri daripada pelajar UMS ,Politeknik Kota Kinabalu dan Institut Perguruan Gaya. Seminar ini adalah anjuran bersama Persatuan Belia Islam Nasional UMS, Unit Hal Ehwal Islam dan Pengurusan Masjid UMS dan Unit Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMS. Porgram diadakan di Dewan Kuliah Pusat, UMS.


sesi pendafataran bahagian muslimin..
sesi pendaftaran bahagian muslimat.
booth Aman Palestin juga dibuka ketika seminar MLBH..
Dalam seminar ini, peserta didedahkan dengan empat elemen penting. Elemen yang pertama adalah penguasaan kaedah untuk cemerlang akademik di menara gading. Elemen ini disentuh oleh Dr. Mohammad Sayyed Sahul Hamid dalam pembentangan bertajuk ‘Tips-Tips Cemerlang Akademik’. Beliau adalah Pegawai Perubatan Siswazah dan mantan Pengerusi Pelajar Perubatan UMS.

Tips-tips cemerlang akademik yg disampaikan oleh dr.Mohamad..
sesi soal jawab bersama peserta..
Elemen pengurusan kewangan mahasiswa juga disentuh dalam seminar ini menerusi pembentangan bertajuk ‘Alamak, Duit Dah Habis!’ yang disampaikan oleh En. Armi Faizal Bin Awang yang merupakan Jurutera Petronas dan Usahawan Emas.

Alamak, duit dah habis yang disampaikan oleh en. Armi Faizal Bin Awang..
penyampaian cenderahati yang diberikan oleh Pengarah MLBH..
Pada sebelah petang, peserta didedahkan dengan dua pembentangan menarik yang bertajuk ‘Antara Ijazah & Risalah’ dan juga ‘Siapakah Aku?’. Pembentangan ‘Antara Ijazah & Risalah’ telah disampaikan oleh Ustaz Sarip Bin Adul yang merupakan pensyarah UMS. Dalam pembentangan ini, peserta diterangkan mengenai kemampuan IQ, EQ dan tenaga muda yang perlu diselarikan dengan risalah kehidupan manusia.

Antara Ijazah dan Risalah yang disampaikan oleh Ustaz Sarip Adul..
antara peserta yang hadir..
Pembentangan ‘Siapakah Aku?’ pula disampaikan oleh Ustaz Wan Muhammad Bin Mior Ismail selaku Pengerusi PEMBINA Sabah. Pembentangan ini memberi informasi penting kepada mahasiswa mengenai serangan ideologi dan pengaruh luar yang meleburkan identiti belia khususnya mahasiswa. Majoriti peserta berpuas hati dengan pengisian program dan berharap agar program seperti ini diteruskan dan diperbanyakkan..

siapakah aku yang disampaikan oleh Ustaz Wan Muhammad..
Pembincangan tajuk yang amat berkaitan dengan BELIA zaman ini..
Ajk-ajk yang memberi kerjasama yang amat baik.
ajk makanan untuk akhawat..
ajk makanan untuk ikhwah..
ajk pendaftaran bahagian akhawat..
ajk pendaftaran bahagian ikhwah..
booth PEMBINA juga dibuka bagi pendafataran keahlian baru..
Pengerusi majlis yang bijak mengawal program.. 
Antara gerai-gerai yang dibuka ketika program..

gerai buku dan al-Quran..
gerai makanan yang dijual di sana..
jualan makanan seperti mee goreng,dadih,buah-buahan juga turut dijual..

Antara wajah-wajah peserta yang hadir..

fokus mendengar..
senyuman ikhlas dari salah seorang peserta..
pemenang untuk cabutan bertuah..TAHNIAH!
pemenang untuk cabutan bertuah..TAHNIAH!
waktu berehat..
kegembiraan peserta mendapat makanan.. 
Klik-klik..

belakang tabir..
kata-kata aluan dari Pengarah Program..
Ucapan daripada Ustaz Sarip..
ketika habis program..
penyertaan ahli PEMBINA yang baru.. :)
bergambar kenangan selepas program bersama penceramah..


p/s: Ukhwah yang dibina kerana ALLAH itu berkekalan diatas nama dakwah..terima kasih yang tidak terhingga buat ajk-ajk yang terlibat..semoga ALLAH redha dengan apa yang kita buat..segala yang baik itu datang dari ALLAH..dan yang buruk itu datang dari ALLAH tapi,disandarkan kepada diri masing-masing.. :)

2 ulasan: