Sabtu, 20 Oktober 2012

Graduan Perlu Kompetatif Dan Relevan di Pasaran Industri


ALHAMDULILLAH..Tahniah buat graduan-graduan yang berjaya menamatkan pengajian di universiti pada tahun ini. Sesungguhnya, niat menimba ilmu itu bukan hanya untuk berjaya memegang segulung Ijazah. Tetapi, menimba ilmu dengan niat kerana ALLAH dan mempraktikkan ilmu yang diterima dalam kehidupan.

di ambil daripada blog PEMBINA Pusat..

CYBERJAYA : Graduan dinasihatkan di sini supaya perlu lebih kompetitif dan relevan di pasaran industri dalam menghadapi cabaran yang tidak menentu.

Timbalan Presiden PEMBINA, Azril Hanafi Abdullah Sharwani berkata, graduan perlu berusaha untuk melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran yang dapat memenuhi keperluan industri kerjaya. 

Saban tahun IPT awam dan swasta di seluruh negara juga luar negara menghasilkan ramai graduan yang akan menyertai pasaran tenaga kerja.

Menurut statistik sehingga Julai 2011, seramai 952,000 graduan IPT awam dan swasta masih menganggur walaupun mempunyai kelayakan yang baik.

Ini merupakan satu signal kepada graduan supaya meningkatkan daya saing dan kreatif dalam memasarkan diri dalam industri kerjaya.Dengan itu, graduan mesti melengkapkan diri dengan kemahiran soft skill seperti hubungan peribadi, berkomunikasi dengan baik dan berkesan serta keupayaan analitikal serta intelektual.

“Tidak dinafikan graduan mestilah menimba pengalaman sebanyak yang mungkin samada formal atau informal di luar kampus nanti” jelas beliau lagi.

Situasi graduan yang terlalu memilih kerjaya yang mereka mahu menjadikan mereka ketinggalan dalam merebut persaingan pekerjaan.

PEMBINA mengucapkan salam tahniah dan kejayaan buat semua graduan di seluruh negara dan ini merupakan satu permulaan hidup kepada cabaran yang lebih besar dan perlu seimbang dengan komitmen sebagai aktivis dakwah.


p/s: buat pelajar-pelajar yang masih menuntut di alam Universiti. Gunakan sebaik mungkin waktu yang ada dan timbalah ilmu selagi mana mampu.Sesungguhnya, ILMU ALLAH itu luas. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan