Sabtu, 5 Mei 2012

Forum Pembinaan Jatidiri yang bertajuk “Ancaman Kecelaruan Identiti Belia”



Kota Kinabalu-22 April 2012. Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Sabah telah berjaya mengadakan Forum Pembinaan Jatidiri yang bertajuk “Ancaman Kecelaruan Identiti Belia”. Program ini adalah usaha bersama dengan Unit Hal Ehwal Islam Dan Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS). Program dijalankan bertempat di ruang legar masjid UMS .Program forum bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada jam 12.30 petang Kehadiran peserta dikalangan pelajar UMS juga amat menggalakkan.

Majlis forum dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Abdul Yazid Bin Yakup, wakil daripada PEMBINA cawangan Sabah.Kemudian majlis diteruskan dengan perasmian dan pengenalan tentang PEMBINA oleh saudara Mazlan Bin Alias yang merangkap juga pengerusi majlis. Majlis diteruskan pada agenda utama iaitu slot forum yang menampilkan tiga orang panel iaitu Ust. Dr. Muhammad Suhaimi Bin Taat-jawatan/, Dr. Mohd Hatta Bin Tarmizi, Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kota Kinabalu dan saudari Arifatun Aqilah bt Abd. Aziz yang juga merupakan aktivis PEMBINA cawangan Sabah. Ahmad Mukhlis bin Abdul Rahman selaku Ketua Biro Aktivisma Mahasiswa PEMBINA cawangan Sabah dijemput mempengerusikan slot forum tersebut.


Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid Universiti Malaysia Sabah kerana telah memberikan kerjasama dengan membantu melancarkan perjalanan program bagi menangani permasalah yang dihadapi oleh belia pada masa kini dan seterusnya memberi tips untuk menghindari dari masalah ini terus berlarutan.  Ucapan ribuan terima juga kasih kepada ahli-ahli panel yang terlibat dalam perkongsian ilmu dan pengalaman semasa forum ini dijalankan.

Khamis, 3 Mei 2012

Kejohanan Futsal Piala PEMBINA cungkil bakat dan potensi belia

KOTA KINABALU-29 APRIL 2012. Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah mengadakan pertandingan Futsal Piala PEMBINA di Gelanggang Futsal Yayasan Sabah. Pertandingan tersebut terbuka kepada belia berumur 24 tahun ke bawah. Sebanyak lapan pasukan telah menyertai pertandingan ini. Kesemua pasukan menunjukkan disiplin yang tinggi apabila hadir untuk mendaftar tepat pada waktunya iaitu sekitar jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi. Sebanyak lapan pasukan yang melibatkan 64 orang belia telah berjaya mendaftar.

Setelah sesi pendaftaran, para peserta dikumpul dan diberikan taklimat ringkas mengenai peraturan perlawanan. Seterusnya, peserta dihidangkan dengan santapan rohani melalui slot tazkirah yang disampaikan oleh Ust. Sarip Bin Adul iaitu penasihat PEMBINA merangkap YDP ISMA Kota Kinabalu. Pertandingan dimulakan dengan perlawanan liga melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B masing-masing mempunyai empat pasukan. Setelah tamat pertandingan di peringkat kumpulan. Pertandingan seterusnya adalah separuh akhir 1, separuh akhir 2, penentuan tempat ke-3 dan ke-4 serta perlawanan akhir yang begitu meriah dan sengit.

Setelah tamat perlawanan akhir, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu upacara penyampaian hadiah. Pasukan Legend F.C. dari UMS telah menjadi johan dalam pertandingan ini. Johan pertandingan futsal Piala PEMBINA menerima pingat emas, hamper dan bergelar penyandang piala pusingan. Pingat bagi tempat ketiga disampaikan oleh pengarah kejohanan En. Mazlan Bin Latif. Hadiah untuk Naib johan pula disampaikan oleh setiausaha II jawatankuasa penaja PEMBINA UMS, En. Faizul Bin Abdul Rahim.

Seterusnya, pingat emas dan piala pusingan disampaikan oleh pengerusi jawatankuasa penaja PEMBINA UMS, En. Ahmad Mukhlis Bin Abdul Rahman. Pihak pengurusan juga berpuas hati dengan disiplin yang ditunjukkan oleh para peserta yang menepati masa dan menunjukkan semangat ukhuwwah yang tinggi. Tahniah kepada semua peserta Pertandingan Futsal Piala PEMBINA.

Selasa, 1 Mei 2012

PEMBINA Cawangan Sabah

Assalamuaikum w.b.t


Setinggi- tinggi kepujian bagi Tuhan punya alam, Allah S.W.T kerana segala nikmat yang dikurniakan kepada seluruh makhluk pada umumnya. Tidak lupa juga selawat terbanyak keatas baginda Rasulullah iaitu pesuruh Allah..


Alhamdulillah.

Dengan izinNya, dipermudahkan untuk pembikinan blog PEMBINA cawangan Sabah. Untuk makluman sahabat sekalian PEMBINA adalah salah satu persatuan belia kebangsaan yang bermatlamat menggembeleng tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmuran negara, melalui usaha berterusan dalam membangun syakhsiah dan jatidiri belia, serta gerak kerja kemasyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun.



  

Sejak penubuhannya, PEMBINA secara aktif terlibat dengan aktivisme belia, khususnya dikalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta. Maklumat lanjut mengenai PEMBINA boleh layari http://pembina.com.my/ Untuk makluman sahabat sekalian, segala aktiviti anjuran PEMBINA SABAH akan dipaparkan dilaman blog PEMBINA SABAH. Memandangkan PEMBINA SABAH masih dalam usaha mengembangkan sayapnya sebarang cadangan daripada sahabat- sahabat  pembaca amat dialu-alukan. Insyallah.