Jumaat, 21 September 2012

Promosi: Mahasiswa Luar Biasa Hebat..


لسلام عليكم و رحمة الله و بركاته
 


Alhamdulillah.. penubuhan PEMBINA atau Persatuan Belia Islam Nasional telah diluluskan sebagai badan persatuan yang berdaftar di UMS.

      PEMBINA UMS

  • Satu penggerak untuk pelajar-pelajar UMS yang berminat dalam aktiviti kemasyarakatan dan gerak kerja kemahasiswaan yang berasaskan kefahaman ISLAM yang syumul.
  • Platform untuk pelajar-pelajar UMS mencambahkan idea,berkomunikasi dalam berkongsi pengetahuan dan merancang aktiviti-aktiviti yang mampu memberi nilai tambah serta membangunkan potensi kemahiran insaniah ahli.
  • Menyedarkan ahli dan pelajar-pelajar UMS mengenai realiti sejarah ketamadunan ISLAM bagi membangkitkan jati diri pelajar-pelajar agar mereka yakin bahawa mereka lah bakal penggerak,bakal pemimpi yang akan mencorakkan halatuju bagi keluarga,masyarakat,negara dan juga UMMAH! 


Oleh itu, PEMBINA UMS telah merancang untuk mengadakan seminar MAHASISWA LUAR BIASA HEBAT (MLBH) yang akan diadakan pada 7 Oktober 2012 yang bertempat di Universiti Malaysia Sabah.



KHAS BUAT MAHASISWA YANG LUAR BIASA HEBAT


Semua orang akan berfikir bahawa program yang berbentuk seminar adalah satu program yang membosankan. Tapi, seminar MLBH ini adalah satu program yang LUAR BIASA HEBAT! believe it.

Seminar MLBH akan mengupas dan berdiskusi mengenai tajuk-tajuk yang menarik seperti;

Antara Ijazah dan Risalah:
 Ustaz Sarip bin Adul (Pensyarah UMS, Ahli Majlis Syariah Kumpulan MAYBANK)

Tips Cemerlang Akademik:
Dr. Muhammad (Houseman bahagian orthopedic di Hospital Queen Elizabeth)                                                    

Alamak Duit Dah Habis! : 
En. Armi Faizal Awang (Jurutera Petronas)

Siapakah Aku? : 
Ustaz Wan Muhammad (Pengerusi PEMBINA SABAH)

Jadi kepada yang berminat.. Seminar Mahasiswa Luar Biasa Hebat akan diadakan :

Tarikh : 7 Oktober 2012
Waktu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan Resital, UMS

Yuran minima akan dikenakan ;
  • RM 5 (Pelajar)
  • RM 3 (ahli PEMBINA)

Pengangkutan akan disediakan pada hari program tersebut. Bayaran yang dikenakan untuk minum pagi dan makan tengahari.

Jadi,kepada sesiapa yang berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan ;
  • DIN : 0195292116
  • ANA:0138562268

:)




p/s: Jom2..pasti tak menyesal..keuntungan lagi dirasa.. :D



Jumaat, 14 September 2012

Menuntut ILMU itu kerana ALLAH

"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al Baqarah 2 : 255


                                              لسلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Ahlan Wasahlan buat adik-adik UMS yang baru mendaftar. Alhamdulillah, sesi orientasi pun selesai sudah.
Jadi, dah prepare untuk start belajar kembali ?? Dah tanya pada diri ;

 'aku belajar kerana apa?? kerana ALLAH?? atau kerana ibubapa suruh??atau saja-saja datang nak melancong??atau memang tak ada niat langsung??'

innamal a'malu binniyat.. 
"Sesungguhnya setiap perkara itu mesti disertakan dengan niat."

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." - [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Buat adik-adik yang baru datang, cek balik niat kita datang ke sini. Belajar itu kerana ALLAH. Letakkan pergantungan
kita yang paling tinggi sekali kepada ALLAH. Setiap sesuatu itu telah ditakdirkan oleh kehendak-NYA kerana ALLAH itu maha
mengetahui.



"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."  
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]

INGAT! :D