"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al Baqarah 2 : 255
لسلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Ahlan Wasahlan buat adik-adik UMS yang baru mendaftar. Alhamdulillah, sesi orientasi pun selesai sudah.
Jadi, dah prepare untuk start belajar kembali ?? Dah tanya pada diri ;
'aku belajar kerana apa?? kerana ALLAH?? atau kerana ibubapa suruh??atau saja-saja datang nak melancong??atau memang tak ada niat langsung??'
innamal a'malu binniyat..
"Sesungguhnya setiap perkara itu mesti disertakan dengan niat."
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." - [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Buat adik-adik yang baru datang, cek balik niat kita datang ke sini. Belajar itu kerana ALLAH. Letakkan pergantungan
kita yang paling tinggi sekali kepada ALLAH. Setiap sesuatu itu telah ditakdirkan oleh kehendak-NYA kerana ALLAH itu maha
mengetahui.
kita yang paling tinggi sekali kepada ALLAH. Setiap sesuatu itu telah ditakdirkan oleh kehendak-NYA kerana ALLAH itu maha
mengetahui.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]
INGAT! :D |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan