Isnin, 21 Januari 2013

Ruhaniyyah Seorang Pendakwah

Ruh adalah rahsia tuhan pada diri seorang insan. Ia seolah-olah software yang dipasang supaya manusia boleh bertindak balas dengan ayat-ayat Allah, dalil-dalil al kaun/tajlliyat rabbani yang akan menghubungkan manusia dengan Tuhannya.Di hari manusia menyedari dan menggunakan fungsi ruh – yang ditempatkan didalam hatinya- di waktu itu bermula perjalanannya menuju Tuhannya. Bertolak dari keyakinan dan tauhid yang tulus sehingga ke landasan makrifah, takwa, tawakal dan kebergantungan hati sepenuh kepada Allah s.w.t.


Melaluli mata hati (kepekaan ruh) menusia boleh menikmati kelazatan jaulah fi alam malakut(musafir di alam malakut) yang mengatasi segala kelazatan nafsani.Bahkan ia merupakan kelahiran baru bagi sesaorang insan apabila fayadhan (limpahan) yakin ruhi menguasai setiap tindak tanduknya. Ibadatnya, solatnya, zikirnya, amar makruf nahi mungkar, berdakwah, berjihad, melakukan seluruh tindak tanduk kehidupan semuanya dijadikan kenderaan yang digunakan dalam musafirnya menuju Allah.

Sebab itu da’i harus memberi masa yang cukup untuk ia menjaga hati dan membangunkan ruh. Marilah kita berdoa agar Allah membimbing kita kepada jalannya. kalau mata kasar kita berhajat kepada cahaya untuk melihat, maka begitulah mata hati perlukan cahaya petunjuk dari tuhan untuk kita mengenalinya.
Ya ikhwah ! Selamatkan diri dari kongkongan hidup nafsani yang akhirnya akan membawa kita kepada kekesalan, kesedihan dan gundah gulana. Pandulah ransangan nafsani dengan pandangan ruhi, waktu itu kita akan menikmati kebahagian dan ketenangan hidup yang sebenarnya, insya Allah.

Khamis, 17 Januari 2013

Wasiat Syeikh Raed Solah


p:s : Ayuh PEMBINA, bangkit terus melaju...

‘PROGRAM 1 HATI DEMIMU PALESTIN’


'Booth'  PEMBINA

Kota Kinabalu, 12 Januari 2013.- Aman Palestin Cawangan Sabah telah menganjurkan perhimpunan umum ‘1 Hati Demimu Palestin’ kali yang kedua, bertempat di Dataran Golden Centre, Putatan.  Perhimpunan ini diadakan bagi menerapkan kesedaran dalam hati dan diri umat Islam umumnya di Malaysia untuk membantu saudara seakidah di Palestin sebagai satu ummah yang berukhwah. Perhimpunan ini dijayakan berengan Persatuan Belia Daerah Putatan dan dibantu dengan kehadiaran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Sabah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Siswazah Sabah (PSS), Sahabat 1 Komuniti , Persatuan Belia Daerah Putatan, dan Kelab – kelab kenderaan bermotor.



Perhimpunan yang diadakan di daaran yang terletak ditengah-tengah pekan Putatan initelah mendapat sambutan yangmenggalakkan dan berjaya mencuri tumpuan orang ramai yang tinggal di sekitarnya. Perhimpunan bermula sejurus saja ketibaan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin iaitu Timbalan Ketua Menteri Sabah/ Menteri Pertanian dan Industri Sabah, ADUN N.18 Petagas, Encik Awang Saifudin Haji Jumat, Presiden Persatuan Belia Daerah Putatan bersama para artis jemputan. Majlis dimulai dengan bacaan doa Imam Muda Ali Khairuddin dan disusuli dengan ucapan Pengurus Aman Palestin Berhad, Cik Jumriati Abdullah. Ucapan beliau menjelaskan tentang keadaan saudara- saudauduk di daerah Putatan,Sabah. Tambahbeliau lagi, kesedaran ini perlulah disertai denat Islam di Palestin. Pendekatan ini dilakukan bagi mengambarkan keadaan sebenar di bumi Palestin. Selepas itu, majlis diteruskan dengan lakonan sketsa yang begitu menyayat hati oleh ahli – ahli Persatuan Siswazah Sabah. Lokanan mereka adalah berkisar tentang kekejaman tentera Yahudi Zoinist terhadap umat islam di Palestin. 


Ahli - ahli PEMBINA
 Turut menyerikan majlis adalah deklamasi sajak oleh Kumpulan Al Falah dari Klinik Cure and Care 1 Malaysia Papar dan nyanyian nasyid daripada Kelab Borneo Buskers dan juga persembahan nasyid solo oleh Imam Muda Ali Khairuddin. Perkongsian pengalaman selebriti daripada saudari Heliza Helmi adalah acara kemuncak yang mencuri tumpuan penonton. Saudari Heliza Helmi berkongsi pengalaman menarik beliau di Gaza dan juga memaparkan gambar -gambar beliau dan keadaan di sana ketika menyertai Misi solariti ke GAZA. Beliau menekankan bahawa  umat Islam secara kolektif haruslah sedar dan bangkit bagi membantu dan menyumbang sesuatu kepada umat Islam di Palestin. Disamping itu juga terdapat banyak booth jualan dan promosi juga dibuka sepanjang perhimpunan berlangsung.

Sumber : BMP PEMBINA

Ahad, 30 Disember 2012

Mesyuarat Agong PEMBINA Sabah

Pengerusi PEMBINA UMS
Kota Kinabalu, 29 Disember 2012 – Ahli Persatuan Belia Islam Nasional Negeri Sabah (PEMBINA Sabah) dan Universiti Malaysia Sabah (PEMBINA UMS) telah mengadakan mesyuarat agung bagi sesi 2012. Kehadiran ahli pada mesyuarat pada kali ini agak mengalakkan iaitu seramai 50 orang. Hal ini menunjukkan bahawa PEMBINA mula dikenali dan mendapat tempat dikalangan masyarakat sabah khususnya pelajar-pelajar UMS. Mesyuarat agong pada kali ini diadakan di bilik seminar HEP, Anjung Siswa, UMS.


Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Saudara Abdur Rahman dan diteruskan dengan ucapan Pengerusi PEMBINA UMS iaitu Saudara Ahmad Mukhlis Bin Abdul Rahman. Beliau menjelaskan tentang prinsip PEMBINA dan juga posisi PEMBINA dengan persatuan yang lain dalam merancakkan lagi akitivisme mahasiswa. Ucapan ini penting sebagai pencerahan untuk ahli-ahli baru dalam memahami gerak kerja yang dibawa oleh PEMBINA yang menekankan pembangunan akhlak,sahsiah dan jati diri dikalangan ahli. Menurut beliau lagi, PEMBINA komited dalam mengharumkan nama UMS melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan penduduk kampung. 



Barisan PEMBINA UMS

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan kewangan oleh Saudara Muhammad Zaki Amali Bin Basiron. Kemudian, Saudara NoorulHazry Bin Saimin pula membentangankan laporan program-program yang telah dijalankan oleh PEMBINA sepanjang tahun 2012. Sejurus selepas itu, mesyuarat disambung dengan agenda utama iaitu pembubaran dan pemilihan jawatankuasa baru biro-biro PEMBINA bagi tahun 2013 oleh Saudara Muhammad Ammar Bin Mohd.Ahmad Lutfi. Selain daripada itu, ahli-ahli baru juga dibahagikan kedalam biro-biro yang diwujudkan dalam struktur organisasi PEMBINA. Ini bertujuan memberi peluang kepada ahli-ahli baru untuk terlibat sama dalam gerak kerja PEMBINA. Mesyuarat agong kali ke- 2 tahun ini tamat pada pukul 12.30 petang.

Khamis, 13 Disember 2012

Apa peranan kita sekarang??


Sekarang hangat diperkatakan mengenai Palestin yang diserang. dan kita juga semangat untuk berusaha membantu saudara kita dengan memboikot, berdoa, menderma dan lain-lain. 

Tapi, disaat dan ketika ini jugalah..
Tanpa kita sedari ..
pemikiran LIBERALISME,PLURALISME,HENDONISME 
hangat menular dalam pemikiran di kalangan BELIA.

apa peranan kita sekarang??

Rasulullah SAW bersabda:

“Bermula Islam itu dalam keadaan dagang(asing), ia akan kembali dagang sebagaimana bermulanya ia. Maka beruntunglah bagi mereka yang dagang.” Hadith Riwayat Muslim.

Kita akan kelihatan pelik,janggal apabila memilih jalan ISLAM sebagai jalan perjuangan kita dalam kehidupan ini..tapi, tidakkah kita memikirkan bahawa betapa untungnya kita menjadi manusia yang PELIK itu dikalangan mereka?? buatlah pilihan yang baik..sama ada kita memilih jalan ISLAM atau jalan yang kita pasti akan kesesatannya..

 Allah berfirman: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah rela (redha) kepada kamu hingga kamu mengikuti agama (millah) mereka" Surah Al-Baqarah 2:120

Jadi, telah kita tahu bahawa pemikiran2 sebegini tidak akan pernah penat untuk mem'provoke' kita..peranan kita sekarang?? Orang yang tidak bisa mentarbiah diri sendiri, dia tidak akan mampu untuk mentarbiah orang lain..disitu kita dapat lihat bahawa kita perlu mem'booster' IMAN kita..bukan hanya perlu pergi usrah,daurah semata2..tapi, kita juga perlu muhasabh diri kita..dan kadang-kadang kita tidak berani untuk mentarbiah orang lain kerana iman kita yang lemah,quran yang jarang2 dibaca dan solat tidak dijaga..

Asas Kejayaan Fikrah

  1. Keimanan yang mantap
  2. Keikhlasan dalam perjuangan
  3. Semangat yang berkobar-kobar
  4. Wujud persediaan yang membuahkan pengorbanan dan amal untuk merialisasikannya.. 

Jadi,adakah elemen-elemen ini dalam diri kita??re-check balik iman kita..


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.(Surah al-Imran 3:110)


ALLAH telah memuliakan kamu dengan mengangkat darjat kamu sebagai pemimpin dunia Jadi,kita perlu percayakan diri kita dan yakin dengan dakwah yang kita bawa. Imam Hassan Al-Banna berkata.. "perbaharuilah IMAN kamu tentukan maklumat dan tujuan kamu.kekuatan yang pertama adalah IMAN. Kesannya membawa keimanan dengan kesatuan kamu berjaya"


Dan demikianlah , telah Kami jadikan kamu suatu ummat yang di tengah, supaya kamu menjadi saksi-saksi atas manusia, dan adalah Rasul menjadi saksi(pula) atas kamu. Dan tidaklah Kami jadikan kiblat yang telah ada engkau atasnya, melainkan supaya Kami ketahui siapa yang mengikut Rasul dari siapa yang berpaling atas dua tumitnya. Dan memanglah berat itu kecuali atas orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah. Dan tidaklah Allah akan menyia-nyiakan iman kamu. Sesungguhnya Allah terhadap manusia adalah Penyan­tun lagi Penyayang.(Surah al-Baqarah 2:143)


p/s:semangat mendengar daurah malam tadi..semoga kita mendapat manfaat dari pengisian semalam..jangan di lupakan buat saudara2 kita di Palestin.. pray for Gaza!!!pray for Palestin.. DAKWAH INI BUKAN UNTUK ORANG YANG MANJA..TAPI, UNTUK ORANG YANG PENUH DENGAN SIFAT RIJAL.. semoga perasaan semangat ini tidak mati selepas melangkah ke alam pekerjaan.. :)

Selasa, 30 Oktober 2012

Video Share


Assalamualaikum warakhmatullah....
Praise to Allah the Creator of the This Worlds.
Praise to HIS Massenger, Muhammad S.A.W.

While surfing, one video, a speech from 'you tube' grab my intention. So, I 'm thinking it better for me to share will all of you. Just wanted to show this
The 21st century scholars masha'Allah, time to wake up and correct ourselves
I like listening to this brothers speeches they seem powerful but the he made some real good points here, if you do watch..





Good combination using SPEECH + Background music and pic...:)..Give inspirational speeches

Ahad, 28 Oktober 2012

AYUH PEMUDA!!




AYUH PEMUDA!!

PEMUDA adalah usia berharga dalam kehidupan seseorang manusia . Masa muda merupakan fasa dalam pertumbuhan fizikal dan mental manusia. Dalam peringkat usia muda kemampuan manusia berada di puncaknya. Subhanallah, sedarlah sahabat sekalian ini adalah nikmat Allah yang seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik-sebaiknya untuk amal kebaikan guna meraih redha Allah Ta’ala.

CABARAN PEMUDA

Sedarlah sahabat sekalian, bersamaan dengan itu, masa muda adalah masa yang penuh dengan godaan untuk memperturutkan hawa nafsu. Seorang pemuda dalam fasa pembangunan fizikal dan mental, banyak mengalami cabaran dalam pikiran maupun jiwanya dan ini sering menyebabkan PEMUDA mengalami keguncangan dalam hidup. Menurut Abdullah Nasih Ulwan, dalam bukunya Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini menyatakan 5 jenis cabaran yang dihadapi oleh PEMUDA MUSLIM
a)    Cabaran syaitan dan hawa nafsu.
b)   Cabaran serangan pemikiran.
c)    Cabaran keruntuhan akhlaq.
d)    Cabaran kerajaan sekular.
e)    Cabaran putus asa dalam kerja Islam.




MOTIVASI KEPADA PEMUDA

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah dalam naungan (Arsy-Nya) pada hari yang tidak ada naungan (sama sekali) kecuali naungan-Nya: …Dan seorang pemuda yang tumbuh dalam ibadah (ketaatan) kepada Allah …”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis yang agung ini menunjukkan betapa besarnya perhatian Islam terhadap hal-hal yang mendatangkan kebaikan bagi seorang PEMUDA MUSLIM sekaligus menjelaskan keutamaan besar bagi seorang pemuda yang memiliki sifat yang disebutkan dalam hadits ini.

Imam Abul ‘Ula al-Mubarakfuri berkata: “(Dalam hadits ini) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengkhusukan (penyebutan) “seorang pemuda” karena (usia) muda adalah (masa yang) berpotensi besar untuk didominasi oleh nafsu syahwat, disebabkan kuatnya pendorong untuk mengikuti hawa nafsu pada diri seorang pemuda, maka dalam kondisi seperti ini untuk berkomitmen dalam ibadah (ketaatan) kepada Allah (tentu) lebih sulit dan ini menunjukkan kuatnya (nilai) ketakwaan (dalam diri orang tersebut)”

BIMBINGAN ISLAM UNTUK PEMUDA

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-‘Utsaimin berkata, “Sesungguhnya masalah (di kalangan) para pemuda sangat banyak dan bermacam-macam, karena manusia di masa mudanya akan mengalami pertumbuhan pada fizikal, mental dan akalnya. Masa muda adalah masa pertumbuhan, sehingga timbullah perubahan yang sangat cepat (pada dirinya). Oleh karena itulah, dalam masa ini amat diperlukan persedianya sarana-sarana untuk membatasi diri, mengekang nafsu dan pengarahan yang bijaksana untuk menjalani jalan yang lurus”..
Kemudian syaikh al-‘Utsaimin menjelaskan cara-cara untuk memperbaiki ahklak para pemuda berdasarkan petunjuk agama Islam di antaranya adalah:

1.   Memanfaatkan masa terluang dengan sebaiknya.
Masa terluang boleh menjadi satu penyakit yang boleh membinasakan mental dan juga fizikal manusia. Jika diri seseorang manusia itu tidak mengisi masa luang dengan benda yang bermanfaat maka akalnya akan beku dan buntu berfikir. Diri seorang pemuda juga  akan lemah kerana kurang beraktiviti. Implikasi daripada itu hatinya akan dipenuhi dengan benda –benda negatif malah terkadang akan melahirkan keinginan yang kotor.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
 “Ada dua nikmat (dari Allah Ta’ala) yang kurang diperhatikan oleh banyak manusia (yaitu) kesehatan dan waktu luang.
Untuk mengatasi hal ini, hendaklah seorang pemuda itu berupaya untuk mengisi masa  terluang dengan kegiatan yang sesuai dan bermanfaat seperti membaca, menulis, atau kegiatan lainnya, untuk mengisi kekosongan waktu dan melatih diri menjadi anggota masyarakat yang berbuat kebaikan untuk diri dan orang lain.

2. Memilih teman yang baik
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
 “Seorang manusia akan mengikuti agama teman dekatnya, maka hendaknya salah seorang darimu melihat siapa yang dijadikan teman dekatnya”.
Dalam hadits lain, baginda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
 “Perumpamaan teman duduk (bergaul) yang baik dan teman duduk (bergaul) yang buruk (adalah) seperti pembawa (penjual) minyak wangi dan peniup al-kiir (tempat menempa besi), maka penjual minyak wangi bisa jadi dia memberimu minyak wangi, atau kamu membeli (minyak wangi) darinya, atau (minimal) kamu akan mencium aroma yang harum darinya. Sedangkan peniup al-kiir (tempat menempa besi) bisa jadi (apinya) akan membakar pakaianmu atau (minimal) kamu akan mencium aroma yang tidak sedap darinya”.

Hadits yang mulia ini menunjukkan keutamaan bergaul dengan orang-orang yang baik akhlak dan tingkah lakunya, kerana pengaruh baik akan timbul apabila bergaul dengan mereka. Hadith ini juga menunjukkan larangan bergaul dengan orang-orang yang buruk akhlaknya dan pelaku maksiat karena pengaruh buruk yang ditimbulkan dengan selalu menyertai mereka.
Oleh karena itu, hendaknya seorang pemuda harus berusaha mencari teman yang baik dan shaleh serta berakal, agar dapat mengambil manfaat darinya. Maka hendaknya seorang pemuda mempertimbang keadaan orang-orang yang dijadikan teman bergaul dengan meneliti keadaan dan akhlak mereka.

3. Memilih sumber bacaan yang baik dan bermanfaat
Membaca sumber-sumber bacaan yang merosak, baik berupa artikel, surat kabar, majalah dan lain-lain, boleh menyebabkan kerosakan akidah dan agama seseorang,  menjerumus ke jurang kebinasaan, kekafiran dan keburukan akhlak. Khususnya jika pemuda tersebut tidak memiliki latar belakang pendidikan agama yang kuat untuk dapat membedakan antara yang benar dan yang salah, serta yang bermanfaat dan membinasakan.

Untuk mengatasi masalah ini, hendaknya seorang pemuda menjauhi sumber-sumber bacaan tersebut, dan beralih kepada sumber bacaan lain yang akan menumbuhkan dalam hati kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam, serta menyuburkan keimanan dan amal shaleh dalam diri. Perlulah seseorang pemuda  bersabar dalam melakukan semua itu, karena hawa nafsunya akan mengarah keras untuk membaca bacaan yang telah biasa dibaca, dan menjadikannya bosan serta jenuh untuk membaca bacaan yang lebih bermanfaat. Ibaratnya seperti orang yang berusaha melawan hawa nafsunya untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah, tapi nafsunya enggan dan selalu ingin melakukan perbuatan yang sia-sia dan salah.

Sumber bacaan bermanfaat yang paling penting adalah al-Qur’an dan kitab-kitab tafsir yang berisi riwayat-riwayat tafsir yang shahih dan penafsiran akal yang benar. Demikian juga hadits-hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian kitab-kitab yang ditulis oleh para ulama ahlus sunnah berdasarkan dua sumber hukum Islam ini.

Penutup
Demikianlah, semoga aktikel bermanfaat dan menjadi motivasi bagi kaum muslimin, terutama para pemuda, untuk mengusahakan kebaikan bagi diri dan membiasakan diri untuk selalu menetapi amal shaleh dan ibadah kepada Allah Ta’ala, agar mereka termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mendapatkan keutamaan dan kemuliaan besar dari Allah Ta’ala, sebagimana dalam hadits-hadits yang tersebut di atas.

*Terjemahan artikel asal "Pemuda yang Mendapat Naungan Allah" (Ustadz Abdullah bin Taslim al-Buthoni, MA)